Sunday, January 1, 2012

Profil Peserta



1.       Ahmad Badruddin bin Ghazali

Berusia 23 tahun, pelajar tahun 3 Fakulti Pergigian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini merupakan anak sulung daripada 4 adik beradik. Berkelulusan Sijil Tahfiz Al-Quran sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di peringkat matrikulasi di Petaling Jaya sebelum ke peringkat ijazah muda di Kampus UIAM cawangan Kuantan, Pahang. Aktif dalam pelbagai aktiviti di dalam dan luar kampus sebelum menemui hobi barunya iaitu berbasikal.  Sekarang beliau aktif dalam sukan berbasikal bersama rakan-rakan dari Geng Sepeda Malaysia yang berpusat di Kuantan, Pahang jika ada masa yang lapang dan terluang.




    2.       Shahir Amin bin Shamsudin

Berusia 25 tahun, pelajar tahun akhir Fakulti Farmasi di Universiti Islam Antarabangsa  ini merupakan seorang yang peramah dan mesra. Selain daripada berbasikal, beliau turut mempunyai bakat dalam bidang fotografi. Berpegang kepada prinsip hidup, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dan genggam bara api biar sampai jadi abu, beliau mengesyorkan agar program kayuhan ini dijalankan secara serius. Turut menjadi ahli kayuhan Geng Sepeda Malaysia yang banyak menganjurkan kayuhan di sekitar Kuantan, Pahang apabila mempunyai kelapangan masa. 

No comments:

Post a Comment