Sunday, January 1, 2012

Pengenalan

Pengenalan

Aktiviti sukan berbasikal adalah satu sukan yang semakin mendapat tempat di Malaysia secara amnya.  Semakin ramai rakyat Malaysia dari pelbagai jenis golongan masyarakat yang sudah mula menunjukkan minat secara serius dalam aktiviti sukan yang berfaedah ini. Aktiviti berbasikal untuk jarak jauh, yang memerlukan kekentalan mental, fizikal dan emosi yang tinggi pula membawa sukan  berbasikal  kepada satu tahap yang baru dalam hidup mereka. Ini kerana jarak yang jauh yang terpaksa ditempuhi dan masa yang panjang yang diperlukan untuk menghabiskan kayuhan yang dirancang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Justeru, The Monsoon Brothers, 2 orang siswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan, yang juga sebahagian daripada kelab berbasikal “Geng Sepeda Malaysia” yang berpusat di Kuantan, Pahang, ingin menganjurkan kayuhan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang diberi nama “The Grand Trans-East Coast Ride” pada cuti semester kami pada 28 Januari hingga 5 Februari.

Objektif

1.       Untuk mempromosikan sukan berbasikal sebagai satu kegiatan beriadah untuk semua
2.       Untuk  menjelajah kawasan-kawasan menarik di pantai timur dengan berbasikal
3.       Untuk mengisi masa lapang cuti semester dengan perkara yang berfaedah

No comments:

Post a Comment