Pengenalan
Aktiviti sukan berbasikal adalah satu sukan yang semakin
mendapat tempat di Malaysia secara amnya.
Semakin ramai rakyat Malaysia dari pelbagai jenis golongan masyarakat
yang sudah mula menunjukkan minat secara serius dalam aktiviti sukan yang
berfaedah ini. Aktiviti berbasikal untuk jarak jauh, yang memerlukan kekentalan
mental, fizikal dan emosi yang tinggi pula membawa sukan berbasikal
kepada satu tahap yang baru dalam hidup mereka. Ini kerana jarak yang
jauh yang terpaksa ditempuhi dan masa yang panjang yang diperlukan untuk
menghabiskan kayuhan yang dirancang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.
Justeru, The Monsoon Brothers, 2 orang siswa Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan, yang juga sebahagian daripada
kelab berbasikal “Geng Sepeda Malaysia” yang berpusat di Kuantan, Pahang, ingin
menganjurkan kayuhan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang diberi
nama “The Grand Trans-East Coast Ride” pada cuti semester kami pada 28 Januari
hingga 5 Februari.
Objektif
1. Untuk
mempromosikan sukan berbasikal sebagai satu kegiatan beriadah untuk semua
2. Untuk
menjelajah kawasan-kawasan menarik di
pantai timur dengan berbasikal
3. Untuk
mengisi masa lapang cuti semester dengan perkara yang berfaedah
No comments:
Post a Comment